Asia-Pacific Writing Shapes The World    

Forum

Forum > W.R.I.T.E. Club > Works by W.R.I.T.E. Club > Ibu

 
Topic: Ibu
UMAIRAH97 
Ibu   
Posted on:
2010-06-18
10:49 PM
                Apabila aku terlihat sebuah keluarga yang amat bahagia, aku teringat akan nasibku yang malang ini. Aku tidak tahu mengapa semua ini terjadi kepada aku dan tidak kepada orang lain.

          “Arif, bangun! Nanti kamu akan lewat ke sekolah!” itulah kata-kata yang terlontar dari ibuku setiap kali dia mengejutku untuk ke sekolah. Sekarang ia tidak kedengaran lagi kerana ibu sudah tiada.

          Tiga tahun yang lalu, kami merupakan sebuah keluarga yang  amat bahagia. Kami sering bergurau senda dan tolong menolong antara satu sama lain jika salah seorang dari anggota keluarga kami ditimpa kesusahan.

          Pada tanggal 12/4/2003 ibuku menerima panggilan dari hospital yang menyuruhnya dengan segera  berjumpa doktor. Ada berita yang tidak menyenangkan. Ibu telah pergi ke hospital itu pada dua minggu yang lepas kerana dia ingin menjalani pemeriksaan. Ibu ke sana sendirian kerana ayah bertugas. Lagi pula hospital itu tidak jauh dari rumah kami.

           Sesampai saja di hospital, doktor memberitahu hasil ujian pemeriksaan yang dijalankan. Doktor mengesahkan yang ibu teleh menghidap barah. Doktor menjangkakan bahwa ibu hanya mempunyai enam bulan untuk hidup. Berita yang disampaikan itu benar-benar mengguris hati ibu. Bagai kaca terhempas ke atas batu sebaik saja  ibu menerima berita yang memilukan itu.

        Bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajah ibu, semasa ibu melangkah masuk ke rumah. Kakakku Aisyah, datang mendekati ibu lalu bertanya.

        “Ibu, mengapa ibu nampak sedih dan muram saja?”

          Ibu mula menangis. Kolam matanya sudah berkaca. Ibu menceritakan apa yang terjadi. Kakakku terkejut. Hatinya pecah seribu kerana tidak menyangka ini akan terjadi kepada ibu.

         “Apa! Ibu mengalami penyakit barah?” jerit kakakku.

         Aku terdengar jeritan kakakku dari kamarku. Debar jantungku memukul dada bagaikan mahu memecahkan rangka dadaku, apabila aku mendapat tahu yang ibu diserang barah.

         Semenjak hari itu, keadaan keluarga kami mula berubah menjadi muram dan aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran kerana asyik memikirkan keadaan ibu yang selalu berada di hospital untuk menjalani rawatan. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa ibu diserang barah.

         “Kenapa dan mengapakah ini semua harus terjadi kepada keluargaku dan bukan orang lain? Adakah ini semua ujian bagiku? Pelbagai persoalan bermain di kotak fikiranku. Ayah terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibu yang sakit.

            Selang beberapa hari kemudian, doktor memanggil ayahku. Dia menerangkan tahap tahap barah dan dia juga memberitahu ayah bahawa ibu di tahap yang kritikal. Ibu tidak dapat hidup lama kerana barah itu teleh merebak ke seluruh tubuh ibu. Ayah cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam  ketika menerima berita yang menyayatkan ini.

             Tiga bulan berlalu dan ibu masih dalam keadan yang sama. Tiba-tiba semasa di dalam wad, keadaan ibu tiba-tiba  menjadi tenat. Nafas ibu tersekat- sekat bagaikan nyawa- nyawa ikan. Ayah dan aku memekik memanggil doktor. Selepas lapan jam di wad ICU, doktor keluar dan menggelengkan kepalanya lalu menyatakan bahwa ibu tidak dapat diselamatkan. Hatiku pecah seribu dan merasa bahawa Tuhan tidak adil terhadapku.

             Namun perlahan-lahan, aku dapat menerima nasibku kerana aku tahun masih ada insan lain yang lebih malang dariku. Rasa syukur berbunga di lubuk hatiku kerana ayah masih ada untuk menjaga kami. Aku sentiasa akan berdoa agar Tuhan memanjangkan umur ayah. Ibu, aku masih tidak dapat melupakanmu dan setiap kali kedengaran takbir di pagi raya, hatiku sayu merinduimu ibu.

 

 

 

Showing 1 - 1 of 1
 

Today: 2010-09-05, 12:46PM (All times are GMT +08:00)


Main Page
Biodata
Facets
Novel
Puisi / Poetry
Cerpen / Short Story
Teater / Theatre
Seminar Slides
W.R.I.T.E Club
Renungan / Musing
Trivia
 

 
Email a friend this page




Send
|| Main Page  ||  Contact Isa  ||  W.R.I.T.E. Club  ||  Quest  ||  Soul  ||  Secrets  ||  Musing || Sign In || 
2003-2010 SUKMAISA CONCEPT POWERHOUSE. All Rights Reserved.