|
Dam! Dam!
Satu tembakan singgah di kepalamu
Titisan darah jatuh membasahi kapal Mavi Marmara
Kau tersungkur rebah
Lasykar angkuh itu tersenyum
"Puas hatiku membunuh 1 orang Islam',desis hatinya
Denyutan nadiku seolah-olah terhenti
Melihat kekejaman askar Zionis itu
Oh tuhan!
Bilakah mereka akan dihukum?
Mengapakah dunia terus diam membisu
tidak mampu berbuat apa-apa
PBB?
Amerika syarikat?
ah! gergasi dunia yang hipokrit
Buatmu yang bergelar syuhada
darahmu menjadi saksi perjuangannmu
rela kau syahid dari diperhambakan askar iblis itu
Para syuhada sekalian
Pada sejarahmu terukir kenyataaan
tidakkan rugi jika membela Islam
Bidadari-bidadari syurga setia menantimu
SYURGA FIRDAUSI PASTI MENJADI MILIKMU!
|